21 Mac 2012

Kek Tak Jadi Ku Makan Jua

Assalamualaikum, 


Pernah tak korang makan kemain laju dengan kek bantat atau biskut keras terlebih gula, yang mak korang dah letak tepi singkin untuk dihumban ke dalam tong sampah? Padahal benda tu dah sah sah tak menjadi masakannya.


Saya pernah. Waktu kecik dulu, makteh saya ada buat kek coklat dalam dulang empat segi. Kata mereka, kek tu tak jadi. So kek tu terbiar je atas meja menunggu untuk dibuang. Atas sebab ianya kek coklat, saya makan juga. Saya ambil sepotong (telah dipotong oleh makteh untuk dirasa-keras tak gebu katanya) dan cuba makan. Hmm memang la tak lembut, tapi macam layan je. 


Lepas sepotong demi sepotong saya makan. Tapi beberapa jam lepas tu, saya ke dapur lagi untuk cari kek bantat (tak jadi/tak naik) mak teh. Melilau cari. Mama kata diorang dah buang. Hah? Buang? Kenapa diorang buang kek sedap tu? Arghhhhh!!


15 tahun kemudian, (2012) sebab minat sangat, saya ada search resepi Coklat Brownies dan terbaca sejarahnya sekali. Depa kata, brownies ni asalnya adalah kek yang tak menjadi iaitu bersifat kenyal dan padan dan tak naik. Huh! Sekarang baruku tau apa yang saya makan 15 tahun lalu adalah BROWNIES!

____________________________________,,


Kisah kedua, bulan lepas saya ada beli Cookies Famous Amous untuk dimakan beramai termasuk Aunty2 saya yang giler oldschool! Nak tau apa depa cakap pasal cookies tu?


"la...macamni ke rasa biskut rm80 hengget untuk satu kilo ni, keras je rasa" Aunty ke-1 ngomel.

"ini macam biskut yang Makde Yah buat ni, yang tak jadi sebab terlebih gula ni..." tambah Aunty ke-2.

"hmm kalau Mak Long tau la biskut ni boleh jual sampai 80 hengget sekilo, mak long hidang je biskut tak jadi tu masa hari raya, tak delah buang macam tu je" komen Aunty ke-3.

_______________________________________,,

Kekdahnya, kalau ada kuih muih yang tak jadi tu, patenkan resepinya mana tau boleh buat produk baru pulak lepas ni. Kih kih kih!


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

Kongsi Gambar Konvo Buat Tatapan Adik Adik SPM

Assalamualaikum, 


Keputusan SPM bakal keluar sebentar saja lagi. Akak pulak yang berdebar. Akak dulu dapat sebelah tangan je A's. Okaylah tu sebab waktu SPM dulu banyak main. Maklumlah masa tu baru kenal dulu sebab duduk asrama jauh dari family. If you know what i mean. Hik hik hik.


 Untuk menguatkan semangat adik adik, marilah ke universiti supaya dapat menggayakan jubah konvo selepas 4 tahun berhempas pulas mengabiskan duit JPA/PTPTN. *sungguh tak motivate*.









Eh gambar last sekali ni... sapa yang konvo ni? Huhu.

Sebenarnya tujuan asal saya mengupah photographer untuk ambil gambar kami disebabkan tidak semua dapat datang pada hari konvo saya. So tak bestlah tak cukup satu family kan. Anyway hari konvo adalah hari yang best macam kawen je rasa dia. Muahaha!


** tak semua gambar dapat dikongsi sebab ada yang terlentang terselak terterbang dan macam macam 'ter' lagi..


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

20 Mac 2012

Otak Bila Kurang Kerja

Assalamualaikum,


Otak bila kurang berfikir, kita akan rasa penat. Siapa kata tak penat? Macam badan juga bila asyik rehat dan tidur sahaja, badan terasa lemah, pening-pening kepala dan  rasa penat. Lepas tu mulalah kita sambung tidur lagi kononnya tak sihat. 


Sama dengan otak. Bila kurang berfikir secara kreatif, matang dan berilmu, otak jadi sempit dan kurang berfungsi. Bila kurang berfungsi, apa yang kita fikir bakal terluah di mulut, yang keluar dari mulut pula akan jadi pointless. Saya rasa mesti korang semua pernah mendengar orang sebegini, yang bercakap tak tau butir bicara kan? Ini maknanya otak kurang bekerja. Dia biar mulut saja yang berbicara.


Saya pun macam itu juga. Bila kurang membaca, berkerja, senam atau pun kurang bergaul, saya tak reti nak cakap apa sebab otak lemah berfikir. Butir bicara jadi tak tentu arah dan pointless. Kalau orang dengar bila kita bercakap pun sekadar menjaga hati atau perasaan hormat saja. Not more than that.


Salah satu kesan buruk dari otak yang kurang bekerja adalah terfikir jauh menyimpang dari maksud asal. Ia sangat memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Sebagai contoh bila orang cakap A, dia faham B. Ini dah terlebih kreatif jadinya. Bila orang ajak pergi bersenam, dia kecil hati sebab dia fikir "eh azza ingat aku gemuk sangat agaknya, kot ye pun jangan lah perli sampai ajak aku pergi jogging...sob sob sob". Kan dah rugi, hati sakit, makan tak lena, tidur tak kenyang, mandi tak pandai *ayat bila otak malas bekerja*.


Kesan sampingan yang bakal menyusul adalah, kurang keyakinan diri, mudah salah faham dan bersangka buruk pada orang lain. Ini lah petanda orang yang berfikiran negatif. Lihat! Ia bersangkut paut bukan? Bila berfikiran negatif, badan juga tidak sihat, kerja tidak menjadi, pergaulan terbatas dan macam macam lagi.


Lebih memburukkan keadaan, dengan teknologi semasa, kita tak perlu lagi mengusulkan ceramah, menghantar cerpen/artikel atau organize pidato untuk menyampaikan pendapat. Dengan kemudahan medium sosial seperti twitter, facebook, dan blog, seseorang itu dengan mudah boleh menyampaikan pendapatnya sendiri tanpa perlu ditapis editor professional.


Setiap dari kita mempunyai tahap akal yang berbeza-beza. Mana yang bagus, baguslah. Kalau bagi yang 'otak kurang bekerja' tu bagaimana? Mulalah bergaduh sesama sendiri di facebook, atau istilah popular sekarang 'meroyan' seorang diri di twitter. Maklumlah benda ini bukannya privasi seperti buku diari pada zaman dahulu. Semua orang boleh baca. Kalau ada 400 follower, 400 orang boleh adili betapa dangkalnya akal fikiran kita.


Jadi, marilah kita mengasah otak (akal) kita, biar tajam. Hasilnya akal yang tajam akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Kelebihan lain yang bakal dinikmati adalah akan dihormati rakan-rakan, dipandang tinggi, kerja berkualiti dan mendapat pahala daripada Allah swt. InsyaAllah.



 XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

15 Mac 2012

Senarai Habit Buruk Orang Malaysia

Assalamualaikum, 




Senang cakap, Malaysia adalah negara berkemudahan kelas pertama dengan rakyat bermentaliti kelas ketiga. Jangan cepat marah baca statement ni ye. Dah memang betul pun, perangai ni kita sendiri pun buat sama. Jom buat senarai semak. Kalau kita pernah buat lebih dari 10 perkara...bam! kita lah rakyat yang bermentaliti kelas ketiga itu.


Let's check it out!



Suka merokok tak kira tempat, ada bayi ke ada orang tua ke,kita hentam saja kan?

Bila keluar/masuk kat pintu kaca, kalau ada orang lain pun sama, kita tak mau pegang pintu tu untuk memudahkan orang tu masuk/keluar.

Suka melecak-lecak kan tandas yang kering. Kita ni species suka ber'kubang' agaknya.

Suka cangkung atas tandas duduk. Phewww! Saje nak cop tapak kasut dia kat toilet bowl tu.

Makan mulut berbunyi-bunyi. Kelicak kelicak mulut berbunyi. Sedap sangat agaknya.

Bila masuk lift tak nak bagi orang keluar dulu. Sibuk berhimpit padahal kalau bagi mereka keluar dulu kan senang?

Suka drive di emergency lane. Kalau ada accident kat depan kan naya bila ambulans tak boleh lalu.

Suka buang puntung rokok dalam toilet bowl untuk dibuat hiasan. Kebiasaannya lelaki.



Singaporean suka cop tempat duduk dengan tisu. Source

Suka letak tisu yang dikeromotkan dalam pinggan. Kecian kat tukang basuh pinggan.

Buang sampah merata-rata. Buang sampah keluar dari kenderaan. Alasan mengong "nanti tukang sapu nak cari makan macamna kalau dah bersih?"


Lepas shopping, trolley bersepah kat tempat parking. 

Bila masuk dalam train atau bas, berdiri kat pintu. Tak mau masuk dalam.

"My beg need chair.." Letak barang atas kerusi. Tengok orang lain berdiri tengah panas, kita buat "don't know" je.

Tak masukkan semula kerusi ke bawah meja makan. Bersepah sepah.


 Kalau pergi Singapore jangan sesekali ambil tempat ini. Source

Panggil waiter macam bunyi cencorot. Shuwiittt shuwiitt..

Waiter pulak suka duduk sekali dengan kita masa ambil order. Sungguh tidak sopan.

Korek hidung dalam kereta atau kenderaan awam. Adalah satu bangsa tu suka sangat buat benda ni.

Tak lipat/sangkut telekung selepas digunakan. Muka je cantik. Kita dok berkejar sangat nak mekap depan cermin.

Suka tenung orang lain lama lama. Sungguh tidak selesa. Macam kita je ada mata.

Memenuhi eskalator dengan puak-puak kita je. Sepatutnya berdiri ke kiri kalau tak mau jalan. 

Berborak kuat kuat dalam public transport. Geram nak sound "Hey makcik, do i look like i care?"

Tidak pam tandas. Kena tambah 50 sen kot kalau nak flush "barang" kita tu.

Meludah di tangga, pejalan kaki dan lain lain tampat awam. Berlendir.

Jadi tukang komen kat dalam panggung wayang. Kalau boleh kita nak jadi pelakon cerita tu.

Tak reti beratur. Kabanyakannya pendatang asing.

Dan lain lain sila lah tambah di ruangan komen.


**Jom cuci mata tengok selipar yang menarik klik sini

XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom Share

08 Mac 2012

Salah Eja

Assalamualaikum, 


my bad my bad my bad... 


ini memang kelemahan saya. saya memang suka  membaca dalam gelap, menulis dalam gelap, tapi bila tidur sorang buka lampu pulak sebab takut... : P


disebabkan itulah saya sering salah eja. boleh dilihat dimana-mana,blog facebook, twitter dan tumblr. kalau kat facebook tu dah jadi hati kering dah bila kena bahan dengan kawan kawan. haha.


lagi satu kelemahan saya dari UPSR lagi, bila menulis tak suka periksa semula mana bahagian yang salah. pening baca tulisan sendiri. sampai lah sekarang, buat thesis pun upah orang untuk check apa yang patut.


sapa dapat cari lebih dari tiga kesalahan ejaan dalam entry dia pandai, cepat!




XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

07 Mac 2012

Pemandu Bas

Assalamualaikum, 




hari ini aku tunggu bas seperti biasa. shuttle bas university yang disediakan kepada student yang tak mampu macam aku. tak mampu berkereta, tak mampu berjalan. haih patut pun gemuk.


dalam 15 minit menanti, bas tak kunjung tiba. geram. tak lama lepas tu, kelihatan dari jauh batang hidung bas. excited. aku berdiri di bahu jalan, lambai tangan. eh! bas tu tak berhenti. kecewa. aku duduk semula. tak lama lepas tu bas datang lagi. ada ramai juga dalam bas tu. aku berdiri di tepi jalan, bas tu tak berhenti lagi. eh berapa kali nak pusing da baru amik penumpang ni.


aku pikir, kalau macam ni sikap pemandu bas, boleh rugi negara ni. berapa banyak masa seorang student macam aku nak dibazirkan untuk menunggu bas sahaja. hari hujan ni. kalau aku sakit pun salah pemandu bas ni juga. betul betul merugikan.


aku penat. perut bergelodak akibat food poisoning harini semakin terasa. dari jauh aku nampak bas lain pulak berhenti lama di bus stop sana. aku yang dari tadi baca buku doa harian tetiba emo. hilang pahala menghafal doa baru. aku mengeluh.


"haih mengong betul, cepatlah bas aku penat ni"


tak pasal pasal aku emo. iya sejak akhir ni banyak masalah dalam kepala yang nak kena pikir. isu bas ni cukup berat bagi kepala otakku.


akhirnya, satu bas datang berhenti. bas itu kosong. aku tanya kenapa bas tadi semua tak berhenti, kepada pemandu bas tu. dia tiada jawapan. dan dia cuba beramah mesra dengan aku. tanya duduk mana, berapa adik beradik, mak ayah kerja apa....bla bla bla seperti biasa kita orang melayu jarang tanya nama. mustahil tanya nama di awal perbualan.


kemudia dia bercerita pula tentang kisahnya. bagi aku sedih.


"hangpa bayang lah pakcik dreba bas. hang ada 5 jah adik bradik. Pakcik ada tujuh orang anak. Tak macam mak ayah hang kerja baguih na" aku balas iya.


"pakcik kerja kat sini dari tahun 1986, hang pun dak lahir lagi kot na?" dia sambung.


aku menganguk saja walau aku tau, dia tak nampak, aku di belakangnya.


"anak sulung pakcik kerja kat Honda, kedua belajar kat IKM, ketiga dok ada kat UTP..."


terror jugak anak-anak pakcik ni. aku cakap dalam hati je.


"anak ketiga tingkatan 3, dah seminggu tido luaq sebab ada latihan bola tampar. Sok pi Sarawak untuk wakil Selangor.." 


perrghh.. aku bersyukur, anak pakcik ni boleh lah dikatakan membanggakan. tumpang happy.




"hang bayang la pakcik duk sini (KL) nak tanggung seua, kos  hidup tinggi. Hang untung no.. hang nak tau tahun lepaih dua bulan pakcik tak kerja. jaga anak kat spital"


"anak pakcik sakit apa" aku tanya.


"dia accident muto, tulang belakang patang. dua bulan pakcik jaga dia kat spital dengan gaji pokok jah rm400 sebulan. makcik tak kerja. susah betui la masa tu. tuhan ja tau macamna. sebelas ribu setengah untuk pasang besi kat tulang dia saja. hang tak kira lagi kos kos lain. yang pakcik kesal, pakcik ada mintak universiti tolong bayarkan dulu. pakcik boleh bayar kemudian. tapi depa kata tak ada peruntukan tu...."


"ish betul ke pakcik? pakcik dah kerja 26tahun kat sini tak kan tak ada langsung??"
aku emo lagi.


"tulah pakcik kesal sangat, apa salahnya buat kebajikan kat staff nanti pakcik bayar lah ansur2.."


cerita semakin nak habis, bas pun semakin nak sampai ke asrama aku.


"tak tau pulak saya universiti ni tak ada kebajikan untuk staff, kesian dengan keluarga pakcik, saya doakan anak-anak pakcik ye.." aku buat kesimpulan akhir.


"tak apa tadak apa.."


aku turun bas. cerita biasa je tapi sebak rasanya. menusuk hati. aku pikir masih ramai yang ada masalah kat luar sana. kalau tak diduga dengan harta, ada yang diduga dengan penyakit, ada yang diuji dengan kasih sayang, musuh dan macam macam lagi.


dan, aku berbangga dengan pengorbanan seorang ayah. ayah yang berjuang demi anak-anak dan isterinya. semoga pengorbanan pakcik tadi akan dibalas dengan dengan kebaikan dari Allah. Allah Maha Mengatahui segala kebaikan hambanya.


mulai harini, aku tak kan lupa pandang kebawah, melihat orang yang lebih susah. aku cuba berhenti mengeluh. berhenti mengharapkan sesuatu yang terbaik sahaja untuk kita. kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

06 Mac 2012

Semakin Tak Paham Dengan Nuffnang

Assalamualaikum, 




Hoi, nuffnang boleh bikin ini otak tidak menahan oi. kadang kala kau tiada di saat ku perlukan. Tapi bila aku lupa kau datang membawa hadiah tanpa dijangka!




Macamlah korang tak tau ini blog semakin lama semakin slow. Update pun idak, blogwalking lagilah idak... Hidup segan tapi mati pun tak mahu.




Dekat 2 bulan tak bukak akun Nuffnang. Merajuk. Tapi alhamdulillah, nuffnang bagi BE rupanya sepanjang ketiadaan saya. Bukan satu tapi lebih. Pendapatan pun pun boleh tahan, malah lebih banyak daripada zaman aktif dulu.




Kesimpulan, nuffnang memang tidak boleh dijangka...




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom Sebarkan di FB

05 Mac 2012

Maknanya

Assalamualaikum,




bertahun solat tapi semakin lama semakin lupa apa sebenarnya yang kita baca. Sebab tu semakin susah nak kusyuk. Semakin susah nak menghayati. So sekarang kena update balik apa makna setiap bacaan dalam solat. Siapa yang ingat ingat lupa marilah kita refresh semula ya...



Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Mudah-mudahan dapat berkongsi ilmu... mari sebarkan..


 XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom Sebarkan di FB