24 Julai 2013

Charm Bracelet

Assalamualaikum,


Gelang dan rantai tangan sinonim dengan setiap wanita Melayu. Sedari kecil, Mama dan Papa menyediakan gelang dan rantai tangan untuk saya dan adikku, Nani. Rantai tangan tu lembil lembil di tangan, bersifat jatuh dan terletak ikut bentuk pergelangan tangan. Gelang pulak berbentuk bulat keras ditangan. Kadang kadang masa solat adoi sakitnya tangan terhempap masa sujud. Teehee~~


Ingat tak masa dedolu rantai tangan yang bentuk macam syiling tu dan terukir corak bunga raya. Ha rantai tangan itulah Mama bagi. Sekarang dah tak muat sobss. Gelang tangan (bangle) pun ada. Susah gila nak pakai. Sebab keras. Latest Mama belikan rantai tangan yang pattern biasa tu. Emas 916 (dulu emas pound) ada sebijik loceng dan loket berbentuk hati di hujung rantai. Itu ler last barang kemas emas. Yang lain Mama banyak bagi yang mutiara dan kristal.


KIsahnya sekarang ni memang minat sangat dengan Charm bracelet. Rantai tangan berloket ni sangat ler cantik. Sweet kan?
 Rembrandt Charms
Tiffany Charm bracelet!


www.uniquejewelrys.com
Pandora

Alahai cantik comel lawa sungguh la ye gelang gelang ni. Tapi klu nak beli biar ler emas kan. Jadi saya ada la tengok tengok cuci mata kat Festifal City. Ada 3 kedai emas iaitu Tomei, Habib, dan Emas Sri Penang.


1Gram Emas 916 :-
Tomei : rm150 
Habib : rm145
Emas Sri Pinang : rm150


Hmm nampak macam kat Habib paling murah emasnya. Tapi bila pergi ada 3 jenis je Chram Blacelet. Tak sesuai pulak tu besar gedabak macam untuk datin je. Kat Tomei ada banyak sangatpattern Cham Bracelet tapi... hmm haluih sangat ler. Kecik toet je chain dgn charm nye. Upah workmanship mahal pulak tu. Cecah rm600.


So patah balik ke Emas Sri Pinang. Perghh upah workmanship rm1 je biar betoiiii!!!
Memang ada lebih sikit je pattern nya daripada Habib tapi sesuai ler di tangan ku ini. Ngeehheee....





Sebenarnya kat Emas Sri Penang ada juga jual loket kecik kecik tu version tak skema punya. Ada bentuk bunga, mangga, kunci, ikon musik dan banyak lagi lah. Kita beli plain chain dia then pilih pilih nak loket charm yang mana satu. Penuh satu tangan pun tak apa. Minat sangat tapi nampak macam bebudak lah pulakkan. Tapi murah weh korang kalau singgah cuba try usha charm bracelets kat Emas Sri Pinang. Harga berbaloi baloi. 


Rasanya okay tak kalau saya grab satu ye?


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

14 Julai 2013

Motif?

Assalamualaikum, 


Saya kan anak sulung. Ada 4 lagi adik berderet di bawah. So ni nak cerita tentang adik no4. Dia ni blur dan jujur sikit. Jujur banyak sebenarnya. Kesian jugak selalu kena usik dengan kakak kakak, abang dan yang paling tak menahan sekali dengan adik dia pun kena bahan. Padahal adik dia tu baru darjah 5.


Semalam dia ada buat cocktail, ala yang simple tu letak nata de coco, laici dalam tin, dan buah dadu dalam tin. Semalam kami beli nata de coco perisa strawberry. First time.


Lepas balik dari tarawikh, kami mngadap TV sambil makan cocktail desert tu. Sambil tu saya komen komen la sedap tak sedap. "Dalam banyak-banyak ni akak paling suka nanas, sebab dia masam ganding dengan cream manis ni  memang terbaik, then akak suka laici. Paling tak suka nata de coco ni..." komen saya sambil suap desert dia buat tu ke tekak.


Anees jawab "aah la pelik rasa nata de coco ni rugi tak beli yang manggo je" sambil dia pilih pilih nata de coco dalam campuran cocktail tu. Asingkan. Penuh dia sumbat nata de coco dalam satu mangkuk. Pelik jugak, tanya dia awak nak basuh ke nata de coco tu? Awak nak simpan ke nata de coco tu?


Lepas tu dia pergi dapur.


Tak lama pastu saya pergi dapur nak tengok apa dia buat. Sampai je dia cakap "akak dah terlambat..."


What??? Dia buang semangkuk penuh nata de coco yang dia asingkan tadi.


&%#@$%#$@*&%


Saya membebel kecewa.Geram betul!


Walhal bila saya pergi depan semula, adik paling kecik baru nak makan cocktail tu. Dia gigih pilih pilih nata de coco dalam campuran tu sebab dia pulak suka nata de coco. Grrrrr.........


T__________T



Jujur betul la awak ni Anees. Motif sangat.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

13 Julai 2013

Cintan Cintun Monyet

Assalamualaikum, 


Saya dah tua. Jadi mari kita kutuk habis habisan cinta monyet. Huhu. Cinta monyet ni cinta sementara untuk kanak kanak yang baru nampak dunia luar. Sebenarnya bukan dunia luar sangat, kebetulan ada budak lelaki sekor dua berubah suara di kelas mereka, mereka merasakan sangat kagum lalu terjadilah "my future hubby" tercatat di buku latihan amali masing masing.


Sorry akak tak nak kutuk pun saja je intro macam tu. Ramai dah merasa cinta monyet ni. Akak berani potong jari dalam 10 orang belum tentu sorang berakhir ke jinjang pelamin. Akak kenal dengan someone dari sekolah and its like 10 years ago lah kot. Dari 2004. Tapi kami berkawan je masa tu tak ada feeling pun. Dah tua baru rapat. Tapi tak lah sampai kawen pun. Sebab tu tak berani nak cakap.


Well, masa sekolah tu baik fokus je kat pelajaran. Sebab klu fokus kat percintaan nanti sure awak menyesal dik, sekolah tu bukan boleh diulang ulang dik. Sekali je seumur hidup. Sebab tu orang cakap bercinta masa kerja, sebab kerja boleh ditukar diulang dan berhenti sesuka hati kita hehe. 


Nak admire boleh, saya dulu pun dari tadika lagi ada je admire kat orang tu admire kat orang ni. So rasa semangat nak pergi sekolah giteww... Tapi tak kemana pun. Feeling sorang sorang je. Masa form 4 ada jugak kirim surat, tapi tak sampai kepada orang yang ditujui, korang nak tau surat tu akhir kemana? 


Kepada MAMA.


Its a longggggg story and how pity, its a long journey for that mail too. Poor that mail. Read by everyone. Macamana surat tu boleh sampai kat mama pun akak tak tau. Kekdahnya akak dapat balasan setimpal iaitu dibebel sebanyak 800auns per minute.


Ha itu belum bercinta lagi tu, baru nak kirim surat dik. Tapi surat tu pun bukan akak ajak bercinta pun,  akak pun tak ingat apa akak tulis. Pastu taubat tak tulis surat kat orang dah. Jadi penerima je lepas tu.  


Buat adik perempuan yang baru meningkat remaja, akak nak pesan. Lelaki memang seronok dijadikan kawan. Tapi sampai di situ sahaja lah ye. Diorang memang ler kelakar, dia buat lawak seposen pun ko gelak mngekek ngekek macam funny sangat kekdahnya. Tapi ingat kawan je. Kalau dah lain lelaki ni banyak racunnya. Bukan nak kata diorang jahat tidak. Tapi tulah mereka sendiri pun tak sedar diorang boleh mngeluarkan racun tu tanpa disedari. Korang rasa apa korang buat dah betu tetapi ia salah dan banyak kesan di kemudian hati.


Percayalah, lepas sekolah diorang boleh tinggalkan korang macam tu je. Masa tu mula lah nak marah " eiii tak guna betoi &^&$#%@%$%*@# kalau aku tak jumpa dia masa lepas sekolah, mesti aku study dengan kawan kawan kat library, tak de lah result aku macam ni"


Masa tu nak salahkan sapa? Diri sendiri je dik.


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

10 Julai 2013

Masyarakat Kita Bila Menasihat

Assalamualaikum,


Mesti semua dah tengok video budak perempuan yang couple seminggu tu kan? Lepas tu semua marah marah dan tak kurang jugak yang ketawakan perempuan ini. Iya saya memang tahu geli hati juga. Dengan selamba kita kutuk perempuan ni padahal kita hanya kenal dia melalui video itu sahaja. Mana mak-mak joyah tu gigih pula selak blog budak perempuan ni. Trafik free, dik...


Bukannya apa, saya kesal la dengan komen komen yang diberikan kepada budak ni. Iya memang dia buat tu salah. Tetapi bukan jenayah besar. Wajarkah kita yang dah besar panjang dan yang dah tua matang ni kutuk-kutuk dia. Nasihat elok elok tak boleh? Cakap je, "Dik tak elok perpegangan tangan bukan muhrim", atau "Dik, janganlah bercinta sebab adik muda lagi..." dan bla bla bla...


Saya sedih tengok yang komen dari kakak kakak yang pakai tudung, cantik manis, putih melepak jual aura white barangkali, sekali bagi komen macam ni "NI KALAU AKU JUMPA BUDAK NI MEMANG KENA PELEMPANG SEDAS DUA, BUKAN DENGAN TANGAN TAPI DENGAN KAKI". Amboi ko kak, semangat nak menerajang anak orang, siapakah kakak nak lempang anak orang? Dalam komen berkobar kobar ye kak nak ajar anak orang...sekali kena kat batang hidung sendiri baru tau. Hihihi.


"Bukan ke dia sendiri yang buka aib dia, rasakanlah..." Dah kalau macam tu perlu ke kita sebarkan pulak aib dia tu? Seronok yek kita sebarkan aib orang. Actually tak aib mana pun tapi bila bercampur dengan segala cacian kutukan benda ni jadi lebih syok, pedas berapi. Orang kata lagi pedas lagi syok...tambah lagi minyak dalam api ha curah curahhh... sedapkan? Meh saya pulak bukak aib korang sebab sapa suruh korang komen hehe... :p



Tak baik cakap family orang lain sampah sobssssss. Family dia bagi support bukan suh couple la kot, family dia bagi support untuk bertenang dah muhasabah diri. Ita dari pemahaman saya. Ko nak ke family dia buang dia halau dari rumah lepas tu dia lari dengan mana mana lelaki, lepas tu apa jadi? 




Seronok ko bashing bashing orang dik, nanti klu ko terkena kat ko sendiri ke mana nak pergi dik oi.. bila satu Malaysia marah kat ko apa perasaan ko?


Suka hari je cakap pasal bulu orang, bulu awak tah sempat jaga ke tidak. Jaga bulu sendiri dulu dik... Lagi sorang nak pegang anjing pulak, baiknya kak boleh le apply veterinar lepas ni. Penyayang giteww...




 Dah pulak satu lagi fitnah kat mak bapak orang. Seronok cik abang ye..



Dalam seratus orang ada la sorang je sama macam aku pemikirannya... Dari gaya bahasa ada "Ouh" , "Dyowang", "Dye" tukang komen ni budak lagi. Mesti dia cubamnyelmi perasaan budak yang couple 7 hari tu. 



 Zaman dulu, dating bawah jambatan dik oi, tak de youtube lagi. Saya tengok satu Malaysia dah tegur dia dik tak cukup lagi ka?




 Jom bash reramai, semoga kita dapat pahala mencegah kemungkaran! 






Itu ler dik oi, ko dah berani buat video ini, ko rasakan sendiri hukuman dari manusia manusia ni. Tanpa hakim, tanpa peguam. Nasib nasib... Tapi tu la yang akak perasan sekarang, tak kurang la yang couple ke kawen ke sama je, semua nak menunjuk nunjuk sangat lovey dovey kat Facebook, Youtube segala bagai. Yang dah kawen tunjuk gambar atas katil, gambar love bite, gambar macam macam lah, print skrin gurau jenaka suami isteri letak kat Instagram, link kan pulak kat Facebook, Twitter, hah heboh satu Malaysia suami ko sayang kat ko. Kes ko sama je dengan kakak kakak ko yang dah kawen. Tapi nasib la, ko budak sekolah lagi. Lagi pun ko pakai tudung, pegang tangan pakwe ko, tu memang lagi cepat ler tersebar.


Alasan diorang nak sebarkan...kalau biar je nanti makin menjadi jadi. Kalau tak sebarkan bebudak tak tau yang perbuatan ni salah. Ceh wah, amalan tegur menegur gitu, tapi bukan dengan cara PM ko ye dik, tapi sebarkan kat kengkawan semua sambil kutuk ko, malukan mak ayah ko, kutuk lelaki tu dan serang bagai... concern betul yek orang Malaysia ni. Bak kata AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR gitu...


Tak apa lah dik jadikan pengalaman ni sebagai pengajaran... Lepas ni fokus lah dik kepada pelajaran. Mana la tau kalau bercinta bukan tak pandai tapi fokus tu boleh lari sikit. Kalau bercinta dapat 5A kalau tak bercinta mungkin dapat 8A. Percayalah suatu hari nanti adik akan rasa marah sangat pada lelaki ni sebab dia yang buat adik jadi macam ni. Lelaki ni memang pikir senang je, lepas kat diri sendiri je lagi lagi lelaki yang adik cintakan tu tak matang lagi. Akak dah rasa dah, ambillah pengajaran. 


Anyway, mana tau adik dapat pahala ke sebab  tindakan adik ni buat adik adik yang lain lebih berhati hati ke lepas ni. Semua takut dah nak bercouple sebab adik. Bagus jugak gitu ye. Dah jangan hiraukan komen komen lagi ye, sila fokus kat pelajaran okay. Exam akhir tahun dah nak dekat...


Ni pengakuan dari adik ni..


"Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa . 

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :')"

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

05 Julai 2013

Penghabisan Stok The Sweet Kurung

Assalamualaikum,


Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan kami bulan yang istimewa ini dalam sepanjang tahun menempuh kehidupan. Bulan Ramadhan ni beri kita peluang untuk kita melipat gandakan amal ibadah dan menggantikan segala kebajikan yang telah kita tinggalkan sepanjang tahun. Sempena bulan Ramadhan yang mulia kita nak habiskan stock supaya tidak menggangu anda yangfokus dalam beribadah. Jom lihat lihat baju kurung The Sweet Kurung ^_^


ARA BY THE SWEET KURUNG
Material - Strectable
Price - RM150
Postage Fee - RM10

KOD - Dusty Pink ARA
 XS - Not Available
S - Not Available
M - Available
L - Available
XL - Not Available

KOD - Fushia ARA
XS - Not  Available
S - Not Available
M - Available
L - Not Available
XL - Available 


KOD - Emerald Green ARA
XS - Not Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Available
XL - Not Available 

KOD - Mustard Yellow ARA
XS - Not Available
S - Not Available
M - Available
L - Available
XL - Not Available







ANEES BY THE SWEET KURUNG
Material - Chiffon with Full Lining
Price - RM190
Postage Fee - RM10

KOD -  Green ANEES
XS -Not Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Not Available
XL - Not Available
KOD - Grey ANEES 
XS - Not Available
S - Not Available
M - Available
L - Not Available
XL - Not Available 

KOD - Indigo Purple ANEES
XS - Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Available
XL - Not Available







ADELINE BY THE SWEET KURUNG
Material - Strectable
Price - RM160
Postage Fee - RM10

KOD -  Blue ADELINE
XS - Not Available
S - Not Available
M - Available
L - Not Available
XL - Not Available

KOD -  Cream ADELINE
XS - Not Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Not Available
XL - Not Available

KOD - Salmon Pink ADELINE
XS - Not Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Available
XL - Not Available







ZANDRA BY THE SWEET KURUNG
Material - Chiffon with Full Lining
Price - RM230 (xs-l) & RM250 (xl)
Postage Fee - RM10

KOD -  Pink ZANDRA
XS - Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Not Available
XL - Available
KOD - Mint Green ZANDRA
XS - Available
S - Not Available
M - Available
L - Not Available
XL - Not Available
KOD - Peach ZANDRA
XS - Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Not Available
XL - Not Available

KOD - Blue ZANDRA
XS - Not Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Not Available
XL - Not Available

KOD - Leaf Green ZANDRA
XS - Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Not Available
XL - Not Available


KOD - Fushia Pink ZANDRA
XS - Available
S - Not Available
M - Not Available
L - Not Available
XL - Not Available


Cara Pembelian SMS KOD>NAMA>SIZE>COLOR KE 017-9073070

Oh ya sebelum tu boleh luangkan sedikit masa untuk baca Q&A dibawah ya...

Sis, ada butik tak nak try fitting lah?
Maaf dik, akak tak ada butik kita buat online 100%.

Sis, boleh tak nak datang tempat akak, rumah kat mana?
Maaf dik, serius kita cakap perkhidmatan kita tahap online sahaja buat masa ni.

Sis, kalau dah beli tapi tak muat macamana?
Dik boleh alter di kedai berhampiran. Pertukaran boleh dibuat jika baju rosak sahaja.

Sis, kalau nak order baju yang tak available tu boleh?
Maaf dik, kami tak ambil order dah untuk raya. Selepas raya datang semula ke Page "THE SWEET KURUNG" mana tau kita ada umumkan pre-order di situ.

Sis, kenapa tak reply sms saya?
Sebab mungkin saya sedang drive, meeting atau ada hal lain. Kedai online memang buka 24hours tapi tuan kedai tunggu free ye baru dia ada kesempatan nak reply ya. Maaf kalau terlewat.


Sekian, terima kasih ya..

Jemput Like Page The sweet Kurung :)



XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

01 Julai 2013

Fashion Show Hatta Dolmat Ready-To-Wear!

Assalamualaikum,


Kalau tahun lepas kita berminat sangat dengan rekaan Jovian Mandagie, apa kata tahun ni kita cuna rekaan Hatta Dolmat pulak lah. Cuba lah banyak banyak saya tak suka stiy kat satu benda sahaja.Jadi, pada Ahad lepas kita berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Acara Pertunjukan Fashion Hatta Dolmat RTW 2013 yang ringkas tetapi meriah dan menyeronokkan.


Sampai di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, KL pada 8PM, kami dihidangkan dengan pembuka selera ala cocktail party. Paling best Red Velvet Cupcake dia, moist, tak manis sangat dan cream cheese as topping dia sedap berlemak gitu. Rasanya kakak Hatta Dolmat yang buat kot baking cupcake ni. Manakala makanan lain ada samosa dan lain lain pastry ringkas.


Dah kenyang sambil cari kawan baru, kita terjah Hatta Dolmat di Wall of Fame. Bila tengok depan depan comel cik abe ni yek. Dia sangat sporting malah dia ingat kat Teha. Yelah dia yang jemput mesti ingat semua tetamu kan? Best la Hatta ni. Kami yang terakhir bergambar, lepas tu semua dijemput ke dalam memenuhi seat yang disediakan. Row kami ditempatkan untuk Fashionista tetapi kami bukanlah Fashionista ye. Tidak sama sekali.



Lepas dapat duduk yang sangat strategik, duduk kat depan, dekat dgn model, dekat dengan ruang depan, kami rasa beruntung sebab tak perlu la terjengah jengah kepala dek kepala orang depan kan. Beruntung kami.

Dapat kawan baru, dari belakang sekali Kak Ana, Kak Kin, Zuren dan Teha. Eh Teha bukan kawan baru. Kikikiki.

Rasanye depa ni terpaksa datang kot no, kena buat liputan gamaknya. Memasing dengan phone. Iolss lak tinggalkan hp kat rumah. Dapat la kita bersosial secara real dengan orang lain kan?


Saya duduk di sebelah Qamy Banks, hehe. Assistant Hatta Dolmat mungkin. Dia nampak macam orang besar juga di event ni. tapi malu la nak ambik gambar sekarang, kita fokus pada Model dan Baju dulu okey.


Baju pertama yang diperagakan. Saya tengok muka model je boleh? Pastu cara dia berjalan bagai. Kagum iolss. Biasa tengok retis je kat majlis Anugerah. Kali tengok model runaway lain macam tinggi dia. Perghhh...

Spotlight..

Yang ni peplum guna broked material (brocade). Tengok depan depan memang cantik. ramai berbisik bisik nak beli koleksi yang brocade ni. Ala ala songket.


Again, twitter, Instagram, Facebook, Keek dan seangkatan. Eh actually nak nak ambil gambar model kat belakang tu. Tinggi kan. Layout Fashion Show ni ada tiga rows. SO semua dapat menghayati kan.


Layan...




Bling! Masa model ni berjalan, berbunyi juga tau kachhing kachhing gitu.


Kurung moden dengan prada lace di tengah. Menampakkan ilusi langsing kepada si pemakai. Tapi model tu mmg dah kuruih ler... :)



Yang brocade tadi tapi rona berbeza. 


Galaxy Motive Printed by HattaDolmatRTW. Tengan in juga corak galaksi sekarang ni tau. Uolss inga legging je boleh bergalaksi bagai, kurung pun nak jugak.


Sebenarnya yang ni yang saya target tetapi dalam color nude. Tak sempat snap sebab tengah mengahayati baju color nude tu. Serius cantik. tak tau la orang lain tapi saya suka yang ni simple!



Lagi Peplum dengan material brocade. Cantik la. Its really caught my eyes la darl !






Koleksi hitam dari HattaDolmatHDC! baru terfikir nak buat baju kurung hitam, jadi kita grab dari sini jelah kalau ada rezeki nanti yek.



Bosar camera awak, kak. Cian orang kat sini nak ambil gambar jugak hehe. Tapi tak apa. Tugas ambil gambar lawa lawa ni photographer, jadi saya pandang je puas puas.


Cik Zuren yang peramah dan easy going! Tapik spring dengan dia sebab dia datang sorong je. Kalau ioslll ni penyegan sangat (segan malu tau bukan malas dalam dialek utara).


MC hari itu, Fiza yang pengacarA Wanita Hari Ini. La kurus je Kak Fiza ni dalam Tv nampak besar. Agak agak kalau saya masuk TV besar mana la agaknya ye.


Lepas bergambar dengan Kak Fiza ni kami masuk dalam sekejap ingat nak jumpa dan tegur pereka Rizaman Ruzaini. Dia pun hadir memberikan sokongan kepada rakan seperjuangan diorang si Hatta The Star malam tu. Tetapi kami ditegur oleh wartawan Safiyya TV9 untuk bagi sedikit pendapat mengenai Rekaan HattaDolmat RTW malam tu. 


Lepas tu ada photographer Rafieq Photo meminta kerjasama untuk diambil gambar. Dan jurufoto lain lain. Lepas tu tak tau la kemana Rizman Ruzaini menghilang kan. Kami terleka jap tengok gambar gambar hasil En. Rafieq di dalam tab nya. Memang gempak uolss. Jom layan gambar di Jurufoto Rafieq ^_^











Dia ada studio di Wangsa Melawati dan insyaAllah akan buka kedai Photo di KLCC. Coloid Photography tak silap namanya.


Last last sempat jugak kita bergambar dengan Qamy Banks. Meriah sangat they'olss bergelak bagai. Kawan kawan dia la lawak sakat kami. 


Dapat jugak gambar yang menjadi setelah berapa kali snap huhu. 



Nah Zuren gambar awak, kita try Pm tapi lambar bebenor la facebook ni yek. Save la save la.. hahaha!


Okey gambar last Si Teha ni nak bergambar dengan SapiDolmat. Abang Hatta yang juga bekerja keras untuk acara ni. Masa berbual sekejap dengan dia, saya tak lepas pandang misai dia. Huhu Hipster sangat tau melentik lentik misai dia macam Mr. Potato!


Jadi sesiapa nak beli secara eksklusive boleh datang ke Sheraton Hotel 6-7 Julai dari pukul 9am ke 9pm. Dan start 8Julai boleh beli di butik First Lady dan secara online di zalora.com. 


Tadaa!



Jemput Like page saya juga The sweet Kurung :)



XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!